Monday, 16 June 2014

video kumpulan


Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan video kumpulan. Pada mulanya, kami ketandusan idea untuk mencari tema video yang sesuai untuk menyiapkan tugasan ini. Setelah perbincangan dilakukan antara kami, akhirnya tema yang sesuai dapat dicapai.

Persahabatan adalah satu daripada anugerah dan nikmat daripada Allah. Pelbagai suka dan duka dikongsi bersama dalam ikatan yang terjalin. Melalui persahabatan juga, peribadi seseorang kan terbentuk. 

 Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


Maka berhati-hatilah dalam mencari sahabat. ;)







Wednesday, 11 June 2014

Tugasan berkumpulan

Alhamdulillah berjaya menyiapkan tugasan berkumpulan. Kami telah diberikan tajuk untuk mengetahui bagaimana Tahap Penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Kalangan Jururawat di PPUKM. berikut adalah link mengenai tugasan ini. 
 
 
ESEI TAHAP PENGUASAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN JURURAWAT DI PPUKM
 
PRESENTATION POWER POINT TAHAP PENGUASAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN JURURAWAT DI PPUKM