Monday, 16 June 2014

video kumpulan


Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan video kumpulan. Pada mulanya, kami ketandusan idea untuk mencari tema video yang sesuai untuk menyiapkan tugasan ini. Setelah perbincangan dilakukan antara kami, akhirnya tema yang sesuai dapat dicapai.

Persahabatan adalah satu daripada anugerah dan nikmat daripada Allah. Pelbagai suka dan duka dikongsi bersama dalam ikatan yang terjalin. Melalui persahabatan juga, peribadi seseorang kan terbentuk. 

 Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


Maka berhati-hatilah dalam mencari sahabat. ;)







Wednesday, 11 June 2014

Tugasan berkumpulan

Alhamdulillah berjaya menyiapkan tugasan berkumpulan. Kami telah diberikan tajuk untuk mengetahui bagaimana Tahap Penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Kalangan Jururawat di PPUKM. berikut adalah link mengenai tugasan ini. 
 
 
ESEI TAHAP PENGUASAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN JURURAWAT DI PPUKM
 
PRESENTATION POWER POINT TAHAP PENGUASAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN JURURAWAT DI PPUKM

Friday, 23 May 2014

Bekas serbaguna



Adakah anda menghadapi masalah untuk menyimpan bahan make-up atau button? Mari sama-sama mencuba untuk menghasilkan bekas yang boleh digunakan untuk apa sahaja.


Ini adalah salah satu tugasan yang perlu dilakukan oleh kami. Kami dikendaki untuk menghasilkan produk yang menggunakan barangan yang boleh dikitar semula seperti surat khabar, botol, tin, kain perca dan sebagainya. Alhamdulillah saya telah menyelesaikan tugasan ini.   Saya telah menggunakan surat khabar dan majalah sebagai bahan utama untuk menghasilkan model ini.

contoh masalah :
button yang banyak

Barang - barang make -up
Ini lah hasilnya ...

Sebelum diwarna

Pandangan atas tertutup
Pandangan atas terbuka

Pandangan sisi

Pandangan sisi


Pandangan sisi terbalik
Pandangan bawah



Menyimpan button

Menyimpan alat make -up
tada...
Pada mulanya agak rumit, untuk menghasilkan model ini perlu kesabaran yang tinggi.. tapi apabila dah siap, alhamdulillah, kepuasaan yang tidak dapat digambarkan.. =)







Wednesday, 21 May 2014

Masalah Sakit Belakang dalam Kalangan Jururawat



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah berjaya menyiapkan tugasan untuk subjek GGGE 2123. Kami dikendaki membincangkan isu berkenaan teknologi dan inovasi ataupun mengenai bidang kejururawatan.Saya memilih untuk membincangkan masalah yang dihadapi dalam kalangan jururawat. Saya berharap info yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca semua. InsyaAllah..


Kerjaya jururawat sering dipandang mulia oleh masyarakat. Tugas mereka adalah membantu dan merawat pesakit sepanjang mereka mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jagarawatan akan diberikan sebaik mungkin kepada pesakit tanpa mengira rupa, bangsa mahupun agama. Mereka juga menawarkan rawatan yang yang penuh dengan sifat mengambil berat dan memberi keselesaan kepada pesakit.









Sering kali kita melihat di kawasan hospital, jururawat ditugaskan untuk menjaga pesakit di kubikel yang telah ditetapkan. Mereka akan ditempatkan di bahagian-bahagian tertentu mengikut bidang yang diminati dan kepakaran yang dimiliki. Contohnya, di bahagian ortopedik iaitu tulang, Paedetrik iaitu kanak-kanak dan bahagian sakit puan.

Namun, disebalik kerjaya seorang jurarawat, tahukah anda bahawa mereka juga tidak terkecuali untuk mengalami sebarang masalah perubatan yang disebabkan oleh pekerjaan yang mereka lakukan?

Pada hari ini, masalah muskuloskelatal adalah salah satu masalah kesihatan yang sering terjadi dalam suasana pekerjaan yang dilakukan. Jururawat merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat masalah sakit belakang terutamanya dibahagian lumbar.  


Kajian yang dilakukan di Sweden pada tahun 1976, mencatatkan bahawa sakit belakang sering dialami oleh jururawat hampir 47%. Pada tahun 1983, kajian di Amerika Sayarikat telah membuktikan bahawa masalah sakit belakang telah dialami hamper 43.1% daripada jumlah keseluruhan jururawat.  Manakala pada tahun 1987, kajian yang dijalankan oleh Royal North Hospital of Australia keatas 1033 jururawat, mereka mendapati bahawa 87% kes dialporkan tetapi seramai 42% iaitu hampir separuh daripada mereka mengalami masalah sakit belakang.

Masalah muskuloskeletal kalangan kejururawatan kakitangan, menurut Smith et al, telah mencapai 70% pada tahun 2004, manakala peratusan untuk sakit tulang belakang dibahagian lumbar adalah 56.7%. Pada 2005, menurut survey yang dilakukan di Kanada,hamper jururawat mencatat jumlah tertinggi iaitu hamper 19000 yang mengalami masalah sakit pinggang berbanding kumpulan kerjaya lain.

Saban hari, masalah sakit belakang semakin meningkat dalam kalangan jururawat. Ini mendatangkan kebimbangan kerana secara tidak langsung, masalah ini akan menganggu kerjaya mereka.

PENYEBAB UTAMA yang mendorong terjadinya masalah sakit belakang adalah KEDUDUKAN BADAN YANG TIDAK BETUL.

Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh sesetengah jururawat yang boleh menyumbang kepada sakit belakang adalah :
  • Mengalihkan pesakit daripada katil ke kerusi dengan menggunakan kedudukan badan yang salah
  • Membongkok ketika melakukan jagarawatan berbanding duduk atau membengkokkan lutut
  • Menggunakan body mecanic yang salah 



 Faktor- faktor  lain yang menyebabkan sakit belakang :
  • Obesiti
  • Merokok
  • Tekanan
  • Keadaan fizikal tidak elok
  • Postur badan yang salah 
  • Posisi tidur tidak elok
  • Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur



Pencegahan
  • Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, dan berenang. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.
  • Tingkatkan kekuatan anda dengan senaman yang membabitkan seluruh badan, terutama otot perut, belakang, paha dan pinggul. Senaman menguatkan otot kaki dan bahu membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika mengangkat benda berat.
  • Buat pergerakan memanaskan badan sebelum bersenam atau bersukan. Ia penting untuk meningkatkan suhu dan pergerakan otot bagi mengelak risiko kecederaan.
  •  Pelajari posisi atau postur badan yang betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang. Berhati-hati ketika anda berasakan ketegangan otot supaya ia tidak tercedera.
  • Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan
  •  Amalkan prinsip ergonomik - sama ada di rumah atau tempat kerja boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ini termasuklah menggunakan kerusi yang mempunyai penyandar mengikut bentuk semula jadi tulang belakang.
  • Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan masalah berlebihan berat badan, terutama di bahagian pinggang. Ini kerana kegemukan di pinggang akan memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan.
  • Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.
  •  Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya. Tidur dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulang belakang yang normal.


    Body mecanic yang betul 







- Lindungi tulang belakang anda untuk menjamin keselesaan pada masa hadapan-  




10 gambar inovasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tugasan untuk GGGE2123 seterusnya adalah mencari 10 gambar yang mempunyai kaitan anatara inovasi dan teknologi dalam bidang perubatan. Perkembangan teknologi yang semakin canggih semakin memudahkan pengguna untuk menjaga kesihatan

1. Aspirin Elektronik



Bagi mereka yang mengalami migraine , sakit kepala, dan penyakit kronik yang lain, terdapat rawatan yang lebih berkesan berbanding mengambil dua biji aspirin untuk melegakan kesakitan. Sphenopalatine ganglion (SPG) adalah kumpulan saraf yang terdapat di bahagian muka, Seiring dengan perkembangan teknologi, dibawah penyelidikan klinikal di otonomi Technologies, Inc, (Redwood City, CA), mereka  telah mencipta sebuah alat yang memberi kuasa kepada pesakit untuk menyekat isyarat SPG sekiranya tanda awal sakit kepala berlaku. Sistem ini melibatkan implan alat yang meransang saraf kecil di bahagian atas gusi, di sebelah kepala yang biasanya terjejas disebabkan sakit kepala. Dibahagian hujung implan akan dihubungkan dengan SPG , dan apabila pesakit mula mengalami sakit kepala, mereka akan meletakkan alat kawalan jauh di bahagian pipi yang berhampiran dengan kawsan implan. Isyarat yang terhasil merangsang saraf SPG dan menghalang neurotransmitter yang menyebabkan deria sakit. 


2. Monitor bacaan glukosa tanpa jarum





Penjagaan diabetes boleh menyebabkan kesakitan kepada pesakit kerana, setiap hari, pesakit diabetes perlu mencucuk jarum  untuk mendapatkan sampel dadah dalam kuantiti yang sedikit untuk mengambil bacaan glukosa dalam darah . Tambahan lagi, bagi pesakit yang mempunyai suntikan insulin, mereka mengalami kesakitan dan meningkatkan risiko mendapat infeksi di kawasan yang telah dicucuk.

Echo Therapeutics (Philadelphia, PA) telah membangunkan teknologi yang akan menggantikan kaedah mencucuk dengan tampalan. Syarikat ini menggunakan kaedah biosensor Transdermal yang menganalisis darah melalui kulit tanpa mengambil darah . Teknologi ini melibatkan elektrik seperti berus gigi yang hanya membuang lapisan atas sel kulit untuk meletakkan kimia darah pesakit dalam julat isyarat daripada biosensor patch bawaan . Sensor ini mengumpul satu bacaan seminit dan menghantar data tanpa wayar kepada monitor  dan ia akan mencetuskan penggera yang boleh didengar  apabila paras gula diluar bacaan normal dan mengesan paras glukosa dari semasa ke semasa. 


3. Sarung Tangan Getaran meningkatkan pengaliran darah




Kebas sering berlaku apabila darah tidak cukup di sesetengah anggota badan,terutamanya di kawasan jari. Sarung tangan getaran yang berharga $149.95 mungkin dapat menyelesaikan  masalah  anda. Sarung tangan ini merupakan therapeutik sarung tangan yang mampu membuat getaran  dan meransang peredaran darah di bahagian tangan. Kebaikan sarung tangan ini ia tidak memerlukan sebarang ubat untuk mengurangkan sakit dan kejang dimana ia sesuai utnuk mereka yang sedang beransur-ansur untuk berhenti daripada menggunakan sebarang pil untuk menahan sakit .

Sarung tangan getaran  ini , membolehkan sarung tangan untuk melakukan  getaran lembut yang akan membantu mengurangkan sakit dan  meningkatkan fleksibiliti seseorang. Pergerakan menjadi lebih selesa apabila digabungkan  dengan sistem  pemampatan sedikit akan meningkatkan suhu  didalam sarung tangan untuk meningkatkan peredaran dan mengurangkan kesakitan.. Sarung tangan ini perlu dicaj selama 4 jam untuk menghasilkan rawatan selama 20 minit atau lebih.


4. Urutan Mata mengurangkan tekanan dan membantu menghilangkan stress



Kebanyakan daripada masyarakat memghabiskan masa di hadapan computer sama ada dalam urusan pembelajaran mahupun pekerjaan dan tanpa disedari ia memberi tekanan pada mata dan memudaratkan kesihatan jika berlanjutan dalam jangka masa yang panjang. Alat mengurut mata ini merupakan topeng urut yang terdiri daripada kabus getaran lembut dan sedikit panas untuk membantu mata berehat seketika dan mengurangkan tekanan di mata. Ia mempunyai penyimpanan 2 oz yang membolehkan alat ini menampung air dan secara ultrasound akan menukarkan air menjadi oksigen didalam kabus yang membantu menghidrasi dan menyihatan kawasan orbit mata dan seterusnya mengurangkan tekanan di sekitar mata.

Selain daripada itu, denyutan urut yang sekata dan mempunyai beberapa tetapan intensiti, mampu  untuk mengurangkan keletihan mata dengan getaran yang dihasilakan akan menenangkan dan melegakan tekanan mata. Di bahagian bawah topeng akan menghasilkan haba dan meningkatkan peredaran darah di bahagian atas tulang  pipi. Pengguna boleh mengunakan kaedah kabus, getaran mahupun haba secara beransingan ataupun secara serentak. Topeng mengurut ini boleh berfungsi dengan hanya menggunakan bateri AA. 

 5. PHONESOAP CHARGER



UV Sanitizer
Universal your Telefon Pengecas
Akustik Audio Amplifie
    

Telefon bimbit perlu dicaj setiap hari tetapi adakah kita membersihkan telefon bimbit sekerap itu? Sekarang pengguna boleh mengabungkan kedua-duanya sekali dalam satu masa. Telefon merupakan tempat untuk pembiakan bacteria.  Bahkan satu laporan di buat di UK, menyatakan bahawa telefon bimbit boleh membawa sehingga 18 kali lebih banyak daripada selepas menggunakan mengepam tandas.  Oleh itu, produk keluaran terbaru iaitu Phone Soap Cahrges menggunakan cahaya UV untuk membersihkan telefon anda semasa sedang mengecaj. 

Pengecas PhoneSoap dipasang ke dalam soket dan mempunyai USB di bahagian dalam dimana pengguna boleh menyambungkan kabel pengecas ke telefon dan kemudiannya ditutup.  Bekas pengecas mempunyai dua lampu UV-C dan mengikut syarikat yang mengeluarkan produk ini  mampu membunuh 99.99% bakteria and kuman dalam masa kurang daripada 5 minit. 

Pengecas ini mempunyai lampu penunjuk untuk memberitahu pengguna apabila pengecas telah lengkap dan mempunyai cawangan akustik untuk memastikan bahawa penggera dan pembertahuan boleh didengar. 

PhoneSoap boleh didapati sekarang, dengar harga AS $ 469,95.


6. TIMESULINE



Pesakit yang mempunyai masalah diabetik memerlukan suntikan insulin and mereka perlu memastikan bahawa setiap dos perlu diambil dengan betul. Ini adalah satu cabaran besar, kerana kebanyakan pesakit lupa untuk mengambil suntikan dan kesannya mereka akan mengalami hypoglisemia. Sesetengah orang menggunakan aplikasi di telefon mereka untuk mengingatkan mereka untuk mengambil suntikan. Sekarang produk terbaru yang boleh didapati di Europe pada masa ini  ialah untuk membantu pesakit mengesan masa untuk suntikan insulin. 

Timesulin ialah sejenis alat yang menggantikan penutup insulin pen yang sedang digunakan oleh kebanyakan pesakit pada masa ini dan memaparkan tempoh masa terakhir suntikan insulin dan memudahkan pesakit untuk menjangka bila suntikan insulin yang perlu dilakukan. Hal ini kerana, timeinsulin mempunyai sensor yang boleh mengesan bila penutup ditanggalkan and ketika itu masa akan terpapar di bahagian timeinsulin menyatakan berapa lama masa telah berlalu setelah suntikan terakhir dilakukan. Tiada butang pada alat tersebut dan tiada ketetapan untuk mengaktifkannya. 



7. PILLPACK



Kebanyakan daripada pesakit mempunyai preskripsi ubatan yang lebih daripada satu, masing- masing mempunyai jadual pengambilan yang berbeza, dan ini akan membebankan pesakit untuk memastikan setiap ubat diambil mengikut masa yang telah ditetapkan dan mengikut dos yang telah disyorkan . Stok ubatan juga haruslah disedikan beberapa hari sebelum kehabisan ubatan. Sekarang, farmasi secara talian telah diperkenalkan and is membawa perubahan yang besar dalam mengendalikan pil-pil untuk mengatasi halangan yang dihadapi oleh pesakit untuk mengambil ubat dengan etul terutamanya untuk pesakit yang berusia.

PillPack telah diperkenalkan di Manchester. Mereka menerima preskripsi ubat seperti pusat farmasi yang lain, tetapi perbezaan yang dilakukan ialah cara mereka mengendalikan ubat-ubatan. Mereka akan menghantar ubat-ubatan yang telah dibungkus di dalam plastik kecil dan digulung. Setiap beh plastic mengandungi set ubatan yang perlu diambil bersama. Setiap satu daripada beg plastik  mempunyai cetakan masa dan senarai pil yang berada di dalam bungkusan. Paparan masa pada pembungkusan tersebut membolehkan pesakit  mengetahui masa untuk mengambil ubatan mereka. Ini dapat mengelakkan pesakit daripada terlupa pengambil ubatan. 

Perkhidmatan ini berjumlah $20 sebulan bergantung kepada harga ubatan. Ini termasuk penghantaran percuma yang tidak terhad.  PillPack bertujuan untuk memastikan anda mendapat pengisian semula secara automatik dan jaminan pada masa penghantaran.



8. MIMO BABY MONITOR 





The Mimo baby monitor membantu ibu bapa untuk mengetahui bagaimana bayi mereka tidur serta bimetrik data semasa bayi tidur. Mimo baby terdiri daripada tiga bahagian iaitu kimono, turtle  dan Lilypad station.

Kimono diperbuat daripada  kapas organik yang dipakai oleh bayi semasa tidur dan ianya boleh dibasuh  . Ia juga menempatkan turtle yang membantu untuk mengesan pernafasan bayi, suhu badan, kedudukan bayi semasa tidur. 

Turtle ini akan menukarkan informasi melalui bluetooth  ke stesen induk iaitu Lilypad Station yang terletak di ruangan bilik bayi. 

Lilypad ini dihubungkan dengan Wi-Fi di rumah. Selepas informasi diterima oleh turle , ia akan diproses dan dihantar ke aplikasi yang terdapat di untuk melihat bagaimana perilaku bayi semasa tidur. Ibu bapa juga boleh mengunakan aplikasi tersebut untuk melihat keadaan bayi tidur dan memaklumkan kepada mereka apabila bayi terjaga daripada tidur dan apabila suhu bilik bayi terlalu tinggi. 

Mimo Turtle perlu dicaj dengan menanggalkan ia daripada Kimono dan meletakkannya di atas Lilypad.Lilypad boleh berhubung dengan smartphone sekiranya terdapat sambungan Wi-Fi . Mimo Lilypad  juga dilengkapi dengan microfon untuk membolehkan ibu bapa mendengar suara bayi apabila mereka terjaga .Ibu bapa boleh memiliki Mimo Baby yang berharga $199 untuk 3 Kimonos, 1 Lilypad and 1 Turtle.


 9. tH20 MEDICAL BRACELET





tH20 ialah alat yang direka dengan mengetengahkan konsep boleh dipakai untuk golongan yang berusia. Disebabkan masalah dehydrasi dalam kalangan warga emas dan ini boleh menyebabkan gangguna masalah kesihatan , bracelet ini direka untuk mengatasi masalah ini. Bracelet berfungsi dengan memberi peringatan kepada pengguna untuk mengambil minuman dan membolehkan mereka memantau kadar air dengan cara yang mudah. Bracelet ini sangat berguna dan bermanfaat sebagai alat perubatan yang boleh dimiliki dan membantu dalam meningkatkan kehidupan kerana  bracelet mempamerkan kadar pengambilan air setiap hari.


10. CAST DILENGKAPI DENGAN SENSOR



Pedro Nakazato telah mereka tulang cast ortopedik dengan sensor untuk merekod aktiviti-aktiviti otot di sekitar kawasan patah dan merangsang proses pemulihan pesakit secara menyeluruh.  Objektif utama projek ini adalah untuk memberi maklumat dan pencapaian tertentu pesakit berdasarkan tahap latihan dalam tempoh pesakit memakai cast. Masa penyembuhan tulang akan dipengaruhi dengan aktiviti yang dilakukan oleh pesakit.
 
Setiap kali pengguna menghidupkan suis, sensor EMG akan merekodkan semua aktiviti otot di sekitar kawasan patah dan menyimpan data dalam cast tersebut.  Semua maklumat ini kemudian akan dihantar ke laman web berasaskan komuniti di mana Tulang Doktor, ahli fisioterapi, dan pengguna baru yang  lain boleh mengikuti perkembangan pesakit. Dengan cara ini, pengguna baru boleh menggambarkan pencapaian mereka berdasarkan data dari  pesakit lain yang mempunyai jenis patah yang sama. . Perkongsian maklumat ini adalah cara yang baik untuk menggalakkan pesakit lain untuk melibatkan diri dengan proses pemulihan mereka dari awal rawatan.
Akhir sekali, dengan menggunakan Tulang cast ortopedik ia boleh mengurangkan tempoh masa pemulihan. Hal ini kerana proses pemulihan bukan hanya bergantung pada tempoh pesakit memakai cast tetapi juga dipengaruhi dnegan aktivit yang dialkukan semasa proses penyembuhan. Dalam tempoh pemakaian cast, anggota badan yang patah kehilangan ketegangan otot disebabkan oleh tiada aktiviti di kawasan ini. Salah satu punca ialah pengguna mula menjalankan aktiviti hanya selepas membuang cast dimana sewajarnya,  mereka perlu terlibat dalam mengekalkan otot di sekitar kawasan patah  dari hari pertama dengan cast.