Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah berjaya menyiapkan tugasan untuk subjek GGGE 2123. Kami dikendaki membincangkan isu berkenaan teknologi dan inovasi ataupun mengenai bidang kejururawatan.Saya memilih untuk membincangkan masalah yang dihadapi dalam kalangan jururawat. Saya berharap info yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca semua. InsyaAllah..
Kerjaya jururawat sering dipandang mulia oleh
masyarakat. Tugas mereka adalah membantu dan merawat pesakit sepanjang mereka
mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jagarawatan akan diberikan sebaik
mungkin kepada pesakit tanpa mengira rupa, bangsa mahupun agama. Mereka juga
menawarkan rawatan yang yang penuh dengan sifat mengambil berat dan memberi
keselesaan kepada pesakit.
Sering kali kita melihat di kawasan hospital, jururawat ditugaskan untuk
menjaga pesakit di kubikel yang telah ditetapkan. Mereka akan ditempatkan di
bahagian-bahagian tertentu mengikut bidang yang diminati dan kepakaran yang
dimiliki. Contohnya, di bahagian ortopedik iaitu tulang, Paedetrik iaitu
kanak-kanak dan bahagian sakit puan.
Namun, disebalik kerjaya seorang jurarawat, tahukah
anda bahawa mereka juga tidak terkecuali untuk mengalami sebarang masalah
perubatan yang disebabkan oleh pekerjaan yang mereka lakukan?
Pada hari ini, masalah muskuloskelatal adalah salah
satu masalah kesihatan yang sering terjadi dalam suasana pekerjaan yang
dilakukan. Jururawat merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat
masalah sakit belakang terutamanya dibahagian lumbar.
Kajian yang dilakukan di Sweden pada tahun 1976,
mencatatkan bahawa sakit belakang sering dialami oleh jururawat hampir 47%. Pada
tahun 1983, kajian di Amerika Sayarikat telah membuktikan bahawa masalah sakit
belakang telah dialami hamper 43.1% daripada jumlah keseluruhan jururawat. Manakala pada tahun 1987, kajian yang
dijalankan oleh Royal North Hospital of Australia keatas 1033 jururawat, mereka
mendapati bahawa 87% kes dialporkan tetapi seramai 42% iaitu hampir separuh
daripada mereka mengalami masalah sakit belakang.
Masalah muskuloskeletal kalangan kejururawatan kakitangan,
menurut Smith et al, telah mencapai 70% pada tahun 2004, manakala peratusan
untuk sakit tulang belakang dibahagian lumbar adalah 56.7%. Pada 2005, menurut
survey yang dilakukan di Kanada,hamper jururawat mencatat jumlah tertinggi iaitu
hamper 19000 yang mengalami masalah sakit pinggang berbanding kumpulan kerjaya
lain.
Saban hari, masalah sakit belakang semakin meningkat
dalam kalangan jururawat. Ini mendatangkan kebimbangan kerana secara tidak
langsung, masalah ini akan menganggu kerjaya mereka.
PENYEBAB UTAMA yang mendorong terjadinya masalah
sakit belakang adalah KEDUDUKAN BADAN YANG TIDAK BETUL.
Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh sesetengah jururawat yang boleh menyumbang kepada sakit belakang adalah :
- Mengalihkan pesakit daripada katil ke kerusi dengan menggunakan kedudukan badan yang salah
- Membongkok ketika melakukan jagarawatan berbanding duduk atau membengkokkan lutut
- Menggunakan body mecanic yang salah
Faktor- faktor lain yang menyebabkan sakit belakang :
- Obesiti
- Merokok
- Tekanan
- Keadaan fizikal tidak elok
- Postur badan yang salah
- Posisi tidur tidak elok
- Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur
Pencegahan
- Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, dan berenang. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.
- Tingkatkan kekuatan anda dengan senaman yang membabitkan seluruh badan, terutama otot perut, belakang, paha dan pinggul. Senaman menguatkan otot kaki dan bahu membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika mengangkat benda berat.
- Buat pergerakan memanaskan badan sebelum bersenam atau bersukan. Ia penting untuk meningkatkan suhu dan pergerakan otot bagi mengelak risiko kecederaan.
- Pelajari posisi atau postur badan yang betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang. Berhati-hati ketika anda berasakan ketegangan otot supaya ia tidak tercedera.
- Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan
- Amalkan prinsip ergonomik - sama ada di rumah atau tempat kerja boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ini termasuklah menggunakan kerusi yang mempunyai penyandar mengikut bentuk semula jadi tulang belakang.
- Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan masalah berlebihan berat badan, terutama di bahagian pinggang. Ini kerana kegemukan di pinggang akan memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan.
- Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.
- Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya. Tidur dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulang belakang yang normal.Body mecanic yang betul
- Lindungi tulang belakang anda untuk menjamin keselesaan pada masa hadapan-
wahhh tajuk yang menarik.. tak semua orang tahu ramai jururawat mengalami masalah ni. walaupun masih muda.. ramai jururawat yang menderita sakit belakang kerana tidak mengamalkan body mechanic yang betul.
ReplyDeleteHizra Fazlia Musa a138154
betul lu lia.. kalau waktu muda dah sakit belakang, bagaimana pula kalau dah berusia
Deleteya,,sy sngt setuju,,,sakit belakang merupakan masalah utama apabila menjadi jururawat kalo btol2 x jaga 'posture' badan semasa melakukan prosedur...namun apa yang sedihnya walaupun kita belajar cara-cara untuk mengatasi masalah ini TETAPI kita selalu lupa atau x amalkan pon >.<
ReplyDeleteILHAM SYUHANA BT MOHD NAIN (A138301)
ana, mungkin kita boleh suggest kat ketua jururawat untuk menampal memo atau poster untuk mengingtkan jururawat mengamalkan body mekanik yang betul :)
DeleteAssalamualaikum sara :D
ReplyDeleteAten pun setuju macam kawan-kawan kita. Body Mechanic memang penting untuk kesihatan. Walaupun kita comel-comel, tapi patient yang lagi berat dari kita pun kita boleh angkat atau ampu. Memandangankan banyak sangat mengangkat, mengampu dan sebagainya, sakit belakang kadang-kadang susah nak dielakkan, tapi insyaAllah, kita cuba kurangkan risiko tu.
Terima kasih untuk info yang ringkas tapi padat.
Nur Fatin Binti Ramli A 138012
sama -sama aten.. aten kena suggest kat bahagian management untuk menggunkan peralatan teknologi untuk menggangkat pesakit, contohnya robot ke, atau kurangkan workload jururawat dengan menambah bilangan jururawat di setiap kubikel..
DeleteAssalamualaikum.. bagi saya tajuk ini sangat sesuai untuk masyarakat luar dan jururawat itu sendiri. Mungkin masyarakat di luar sana tidak tahu bahawa setiap jagarawatan yang dilakukannya jikalau tidak dilakukan dengan teknik akan mengakibatkan sakit belakang ini. Kadang-kadang saya sedih ada segelintir masyarakat yang mengatakan tugas jururawat ini sangat ringan dan mudah. Walhal mereka tidak tahu bahawa jururawat inilah yang menguruskan pesakit dan wad itu sendiri termasuklah juga barang-barang klinikal di wad.
ReplyDeleteWaalaikummussalam wani, terima kasih atas komen yang diberikan,.. mungkin ada sesetengah masyarakat yang tidak mengetahui tugas seorang jururawat, sebab itu mereka mengatakan bahawa ianya adalah kerjaya yang mudah..tapi sekiranya mereka mengambil tahu kerjaya jururawat, nescaya mereka akan menghargai jururawat di seluruh negara.. =)
DeleteHi siti, terima kasih atas perkongsian maklumat yang begitu menarik.
ReplyDeleteTajuk ini amat penting terutamanya untuk golongan yang agak tinggi. Dalam kerja seharian seorang jururawat, memang tidak dinafikan bahawa kami perlu mangangkat barang ataupun pesakit yang kurang berupaya. Kadang kala katil hospital tidak dapat dinaikkan sehingga sama paras pinggang jururawat yang tinggi, oleh itu, kami perlu menggunakan 'body mechanic' yang betul untuk mengelakkan sakit belakang.
maklumat in perlu diuar-uarkan lagi dalam kalangan pekerja kesihatan supaya lebih ramai mendapat manfaat. ^^
TAN JIA YEE A138200
Thanks jia yee for the comment =)
Deletesaya tidak terfikir pula yang orang tinggi lebih mencabar :)
kalau macam tu jia yee boleh duduk di atas kerusi ketika melakukan prosedur .
perkongsian yg baik.. w'laupun msalah ini dipandang ringan oleh sbhgian pelajar dan staff hospital malah oleh masyarakat malaysia, tp klu dh sakit blkang tu, nk bt ape2 pun susah..
ReplyDeleteMohd Haziq, Nursing 3rd year UKM A138458
terima kasih haziq atas komen yang diberikan.. betul tu, kalau kita sakit belakang, nak pergi kerja pun rasa tak bersemangat
Deletejururawat memang tidak lari daripada masalah sakit belakang.hal ini disebabkan beberapa faktor dan sebernnya masalah ini dapat diatasi jika kita mengambil berat langkah berjaga-jaga. oleh itu, semua jururawat tidak boleh memandang remeh tentang hal ini kerana sakit belakang ini akan memberi kesan untuk jangka masa yang panjang.
ReplyDeletenur hafizatul akmal bt ramli A138033
terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.. mari kita sama-sama melakukan langkah-langkah pencegahan sakit belakang. :)
Deletesalam wbt.
ReplyDeleteterima kasih sara, atas perkongsian...
tajuk yang menarik namun seperti yand ditulis oleh Ilham Syuhana, ia seakan-akan tidak berapa dipraktikkan..
pada pendapat saya, mungkin kerana kita cuma ingin menjaga body mechanic di tempat kerja(wad) sahaja.. sebab itulah kita tak dapat nak betul-betul amalkan. sekiranya kita memang sentiasa melakukan body mechanic yang betul, sama ada di rumah, di luar mahupun di tempat kerja, pastikan amalan itu akan jadi lebih ringan dan mudah dilakukan. namun yang demikian, kesibukan kerja dan kepadatan beban kerja kadang-kadang menutup kesedaran pentingnya menjaga body mechanic ni.teringat waktu masih di tahun 1 dan 2 , di mana klinikal sentiasa menegur kami untuk menggunakan body mechanic yang betul. terima kasih sara :)
ATIEFAH AMALIANA BINTI OMAR A138265
assalamualaikum.,....entry yang menarik dan sgt memberikan info kepada saya yang mana kerjaya saya memerlukan postur badan yang baik untuk, memberi jagarawatan yang sempurna kpd pesakit.In shaa Allah akan terus mempraktikkan sebabnye back pain ni develop dlm masa yang lama..mulenya sewaktu student lg,maka jom jaga body mechanic...sama2 ingatkan ye :) MASINAWATI A137844
ReplyDeleteAssalamualaikum sara.. tajuk yang sangat perlu diberi perhatian oleh setiap jururawat. Body mechanic yang betul perlu sentiasa dipraktikkan ketika melakukan prosedur di katil pesakit mahupun ketika mengangkat barang. Selalunya jururawat terlupa untuk menjaga body mechanic kerana mereka ingin cepat. Akibatnya kesan jangka panjang mereka akan mendapat sakit belakng yang sudah tentunya mengurangkan produktiviti kerja mereka. Penekanan perlulah diberikan oleh ketua jururarawat di setiap wad dan juga oleh rakan jururawat yang lain supaya perkara ini tidak menjadi penyakit yang semakin teruk dalam kalangan jururawat pada masa akan datang.
ReplyDeleteNURUL AIN AHMAD A138927
Hello Sara, terima kasih atas perkongsian ilmu di atas.
ReplyDeletePada pendapat saya, kursus-kursus tentang ''body mechanics'' yang betul and kepentingannya perlu dianjurkan di setiap hospital dengan kekerapannya sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Kandungan kursus-kursus perlu merangkumi statistik tentang jumlah jururawat yang mengalami sakit belakang dan juga komplikasi sakit belakang terhadap kualiti hidup seorang jururawat. Informasi ini boleh memberi kesedaran kepada para jururawat supaya mereka tidak mengambil ringan tentang 'body mechanics'' dalam kerja seharian mereka.
Sebagai pelajar jururawat, kita kenalah mula practice ''body mechanic'' dari sekarang supaya tak jadi sakit belakang pada masa depan.
CHEW FANG SIEN A137791
Sakit belakang dan kedudukan badan yang tidak betul memang sinonim dalam kalangan jururawat. Saya pernah mendengar ramai jururawat yang merungut akan masalah ini walaupun ada antara mereka yang masih muda. Masalah sakit belakang walaupun nampak remeh, tetapi ia turut menjejaskan kualiti kerja serta mengganggu psikologi jururawat.
ReplyDeleteNorfa Fatihah Mohd Fauzi A138334